Faedah Perdagangan Forex

-Tidak memerlukan modal atau modal kecil
-Boleh dijalankan secara sambilan
-Beroperasi 24jam sehari
-Menggunakan internet untuk melihat nilai matawang turun naik
-Transaksi jual beli serta merta
-Tiada orang tengah
-Tidak perlu membayar komisen
-Tiada penyelewengan
-Tiada sesiapa yang boleh mengawal pasaran forex
-Margin rendah dan leverej tinggi
-Perdagangan yang paling cepat memperolehi keuntungan.
-Keuntungan boleh dimasukkan ke dalam bank
-Pasaran global antara bank
-Chat dengan pedagang lain di seluruh dunia
Forex adalah singkatan bagi Foreign Exchange atau bahasa melayunya pertukaran matawang asing. Forex atau pertukaran matawang asing adalah satu perdagangan jual beli matawang asing. Objektif utamanya adalah urusniaga pertukaran matawang kepada matawang asing lain dan mengharapkan supaya matawang yang dibeli meningkat nilainya serta mendapat keuntungan apabila dijual kembali. Forex juga adalah jual beli matawang dunia oleh saudagar-saudagar forex dan bank-bank seluruh dunia.
Sejarah Forex: Dahulu pasaran forex hanya dibuka kepada ahli-ahli eksklusif yang terdiri dari bank, institusi pelaburan dan individu-individu yang berpengaruh (High Net Worth Individuals) sahaja. Oleh itu pasaran forex ketika itu tidak berapa popular dikalangan pelabur biasa kerana ramai yang tidak berkemampuan dan tidak dibenarkan melabur di dalam forex. George Soros mengeluarkan modal permulaan sebanyak USD10 juta ketika itu. Jumlah dagangan harian juga di bawah USD500 juta sahaja. Kemudian, pada tahun 1996, pasaran forex telah dibuka kepada orang ramai selepas diluluskan buat pertama kali oleh Presiden Amerika iaitu Bill Clinton. Semenjak itu, banyak broker telah ditubuhkan dan jumlah dagangan meningkat dari tahun ke tahun. Pasaran forex amat berkuasa sehingga dapat mejatuhkan ekonomi sesebuah negara dalam sekelip mata, contohnya negara Rusia dan Indonesia. George Soros adalah pelabur yang sangat bijak menguasai pasaran dan beliau pernah mendapat keuntungan melebihi USD1 billion dalam masa beberapa saat sahaja.
Kini: Broker forex semakin bertambah akibat dari persaingan broker-broker di internet. Modal yang minima juga menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur baru. Kini memadai dengan hanya modal sebanyak USD300 sahaja. Malah sudah ada platform broker internet forex menawarkan modal permulaan serendah USD5 sahaja. Instrumen pelaburan terbesar di dunia dengan jumlah dagangan harian lebih kurang USD2.5 trillion sehari dan jauh berbeza dengan nilai dagangan di mana-mana bursa saham di dunia. Pasaran forex di buka 24jam sehari tanpa henti dan 5 hari seminggu. Perdagangan forex adalah melebihi 4 hingga 5 kali dari pasaran hadapan (future) Amerika. Forex juga adalah pelaburan utama bagi bank-bank perdagangan utama, bank pusat dan bank-bank komersial diseluruh dunia.